Anda mencari sesuatu...?

Friday, July 12, 2013

............................................ Modul Kursus PPG & PGSR


                      Modul Kursus

                    Bahan Pelaksanaan PGSR/
                    Bahan Pelaksanaan PPG/


                     Bahan PPG
                     01 Bahasa Melayu/
                     02 Bahasa Cina/
                     03 Bahasa Tamil/
                     04 TESL/
                     05 Matematik/
                     06 Sains/
                     07 Pend. Islam/
                     08 Pend. Jasmani/
                     09 Pend. Muzik/
                     10 Pend. Pemulihan/
                     11 Pend. Prasekolah/
                     12 Pend. Seni Visual/
                     13 PK Masalah Pembelajaran/
                     14 PK Masalah Pendengaran/
                     15 PK Masalah Penglihatan/
                     16 Reka Bentuk dan Teknologi/
                     17 Kursus Wajib/
                     18 Kursus Elektif/
                     19 Pengajian Profesional/

Wednesday, June 12, 2013

Pedagogi Pendidikan

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEK RENDAH

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEK RENDAH


1.0       PENDAHULUAN
Pengajaran yang berkesan adalah hasil usaha seorang guru yang berjaya dalam mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Pemilihan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai adalah penting untuk menghasilkan persediaan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam yang lengkap dan berkesan.
            Pemilihan kaedah yang betul umpamanya memainkan peranan yang penting bagi menjamin kelancaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian seorang guru. Ini bertepatan dengan aspek pemilihan kaedah yang ditegaskan oleh al-Syaibani (1979) iaitu:[1]
…tiada satu metode pengajaran yang berguna untuk semua tujuan pendidikan dan semua mata pelajaran. Begitu juga, tiada pengkaedahan yang lebih baik bagi semua pendidik dalam semua keadaan dan suasana. Guru boleh memilih metode yang sesuai dalam tujuan pendidikan yang ingin dicapainya atau pelajaran yang ingin diajar; serta tahap perkembangan, kematangan dan kecerdasan pelajar-pelajar.

Kepentingan untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran menjadi satu faktor penting kepada keberkesanan pengajaran yang disampaikan kepada para pelajar selain daripada bakat dan ketokohan seseorang guru dalam sesuatu disiplin termasuk Pendidikan Islam. Keperluan kepada kepelbagaian kaedah dapat menarik minat pelajar kepada sesuatu mata pelajaran sehingga mampu mendorong mereka mencapai pencapaian terbaik.
Oleh itu, tumpuan utama yang akan dikupas dalam penulisan ini ialah berkaitan pengertian kaedah itu sendiri dan beberapa contoh kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk subjek Pendidikan Islam Sekolah Rendah yang merangkumi bidang Asuhan Tilawah al-Quran, Asas Ulum Syar’iyyah, Adab dan Akhlak Islamiah serta Pelajaran Jawi.

2.0       HASILAN/ESEI/HURAIAN
2.1       PENGERTIAN KAEDAH
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kaedah bermaksud cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa).[2] Ahmad Mohd Salleh (2008) mendefinisikan kaedah sebagai satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu pelajaran.[3] Secara umumnya, pengertian kaedah boleh difahami seperti berikut:
q Perancangan atau prosedur yang perlu diamalkan oleh semua guru bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik, terancang dan teratur.
q Sebagai langkah atau cara yang perlu digunakan oleh guru supaya murid dapat memahami maksud sebenar pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada mereka.
q Melibatkan semua cara yang efektik bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, ketrampilan oleh guru, nilai-nilai dan kemahiran yang diinginkan kepada pelajar.
q Perancangan yang dapat membantu pendekatan pengajaran yang ingin digunakan oleh guru bagi memudahkan proses pemindahan pengetahuan kepada pelajar ataupun kemahiran.
q Proses yang penting bagi ditentukan terlebih dahulu oleh guru sebelum mula memikirkan apakah teknik yang mahu digunakan dalam satu-satu topik pengajaran.
Al-Syaibani (1979) berpendapat bahawa konsep kaedah P & P yang baik ialah kaedah yang dapat membantu pelajar memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan mengubah sikap serta tingkah laku, menanam minat dan nilai yang diingini. Pengajar dan pendidik perlu menyampaikan pengajaran mengikut tahap pemikiran pelajarnya. Pelajaran yang disampaikan tanpa mengambil kira peringkat pemikiran dan pencapaian pelajar, sudah pasti boleh membawa kepada kerumitan kepada pelajar. Keadaan ini akan membawa kepada kegagalan.[4]

2.2      KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
2.2.1   KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH
Pengenalan
Kaedah Talaqqi Musyafahah ialah kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktikkan oleh Jibril a.s kepada Rasulullah s.a.w. Caranya ialah Jibril a.s membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah s.a.w terus menghafal ayat berkenaan.[5] Sebagaimana firman Allah s.w.t:
إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ {17} فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ {18}

Maksudnya:

Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.[6]
 Terjemahan Surah al-Qiyamah (75): 17 - 18

Seterusnya Rasulullah s.a.w membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah s.a.w kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan. Dalam kaedah Talaqqi Musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada gurunya. Faktor ini amat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj dan sifat huruf serta hukum-hukum tajwid yang lain.

Definisi
Merujuk kepada kalimah talaqqi dan musyafahah, kedua-duanya berasal dari kalimah bahasa Arab. Talaqqi pada bahasa iaitu pertemuan secara berhadapan atau bersemuka. Dari sudut istilah pula bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.
            Manakala kalimah musyafahah pada bahasa ialah sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir. Dari sudut istilah membawa maksud murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya (mengikutnya).
            Apa yang boleh difahami daripada makna kedua-dua kalimah ini ialah murid bertemu atau bersemuka secara berhadapan dengan guru untuk mendengar bacaan guru sambil memerhatikan pergerakan bibir guru semasa menyebut kalimah atau ayat al-Quran dengan sebutan yang fasih dan betul. Seterusnya, murid pula membaca seperti guru membaca di samping guru membetulkan sebutan dan bacaan murid tersebut.

Objektif
a)    Menyebut bunyi huruf hijaiyyah yang berbaris dengan tepat.
b)    Membezakan panjang/pendek sebutan huruf.
c)    Membaca dengan betul dan fasih.
d)    Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.

Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah
Pelaksanaan kaedah Talaqqi Musyafahah ini mestilah berdasarkan prinsip-prinsip yang telah digariskan. Pertama, mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat. Guru memainkan peranan yang penting dalam menjayakan prinsip pertama kaedah ini. Seorang guru itu perlu menguasai kemahiran bacaan al-Quran yang baik meliputi sebutan makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid supaya dapat menyampaikan dengan sebutan dan bacaan yang tepat.
            Prinsip kedua, memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan (bersemuka). Murid haruslah memberi tumpuan dan fokus pada pergerakan bibir guru apabila berada di hadapan guru. Dengan cara ini, murid dapat melihat sendiri cara guru melontarkan bacaannya sama ada dengan keadaan bibir mulut tertutup, terbuka, muncung dan lain-lain lagi.
            Seterusnya, prinsip ketiga dalam kaedah Talaqqi Musyafahah adalah murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru. Apabila murid telah mendengar dan melihat bagaimana cara sebutan yang tepat melalui pergerakan bibir guru, maka dengan mudah murid tersebut dapat menyebut (mengikut).
Prinsip keempat iaitu kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada murid. Sebutan dan bacaan seorang guru akan menjadi ikutan pada muridnya. Sekiranya, apa yang diungkapkan guru tidak menepati syarat pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan maka akan memberi kesan negatif pada bacaan murid kelak.

Prosedur Pelaksanaan Kaedah Talaqqi Musyafahah
Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, prosedur membawa maksud cara yang lazim untuk membuat sesuatu urusan, aturan atau cara bekerja atau melakukan sesuatu.[7] Secara umumnya, prosedur melaksanakan kaedah Talaqqi Musyafahah ini ianya merangkumi 4 langkah seperti yang berikut:[8]

Guru membaca bacaan contoh kepada seorang atau beberapa orang murid

Murid mengikut bacaan guru

Guru meminta seorang atau beberapa orang murid membaca di hadapan guru

Guru mendengar dan menilai bacaan murid

Rajah 2.2.1

Berdasarkan rajah 2.2.1, bagi langkah pertama iaitu guru membaca bacaan contoh kepada seorang atau beberapa orang murid. Apa yang dimaksudkan di sini ialah guru memperdengarkan bacaan al-Quran dari bacaan guru sendiri supaya murid dapat memerhatikan pergerakan bibir dan sebutan guru. Guru boleh mempamerkan ayat-ayat dari surah yang diajar melalui LCD, kad carta atau kad manila. Setelah mempamerkan ayat-ayat tersebut, guru membaca ayat-ayat tersebut dan meminta pelajar mengikut bacaan guru. Bagi murid yang lemah, guru boleh membaca bacaan contoh secara potongan ayat. Maksudnya, guru tersebut akan membaca ayat demi ayat supaya murid dapat mengikutinya.
            Langkah kedua iaitu murid mengikut bacaan guru. Setelah murid diperdengarkan dengan bacaan guru, murid diminta untuk mengikut bacaan guru secara kelas, kumpulan ataupun individu. Semasa murid membaca ayat, guru perlu memerhati dan mendengar dengan teliti sebutan murid untuk mengesan murid yang dapat membaca dan murid yang masih belum boleh menguasai bacaan.
Seterusnya langkah ketiga iaitu guru meminta seorang atau beberapa orang murid membaca di hadapan guru. Setelah guru berpuas hati dengan mutu bacaan murid secara kelas, guru meminta murid membaca ayat-ayat tersebut di hadapan guru pula secara individu mengikut giliran. Ketika ini, guru perlu memastikan murid dapat membaca ayat dengan betul dan fasih.
Langkah yang terakhir dalam kaedah Talaqqi Musyafahah ini ialah guru mendengar dan menilai bacaan murid. Apabila guru telah menilai bacaan murid secara individu, guru boleh menguji bacaan murid dengan meminta murid tersebut yang telah betul bacaannya dari segi makhraj dan tajwid, memperdengarkan bacaan di hadapan kelas jika perlu.

2.2.2   KAEDAH TASMIK
Pengenalan
Kaedah Tasmik adalah salah satu dari kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dalam bidang asuhan Tilawah al-Quran. Dalam kaedah Tasmik ini, murid diminta membaca manakala guru akan mendengar. Ianya bertepatan dengan maksud Tasmik itu sendiri yang bererti mendengar yang diambil dari perkataan bahasa Arab.
            Kaedah Tasmik bacaan al-Quran sesuai digunakan bagi ayat tilawah dan ayat hafazan. Seorang murid diminta membaca ayat al-Quran di hadapan guru. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan. Selepas itu, murid boleh ditanya mengenai hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca. Tujuan utama kaedah ini digunakan adalah untuk menguji tahap pencapaian setiap murid dalam penguasaan bacaan dan hafazan al-Quran.


Objektif
l  Mengetahui pencapaian murid.
l  Kenal pasti tahap pencapaian.
l  Menyedarkan kesilapan bacaan.
l  Meningkatkan kemahiran individu.
l  Mengklasifikasikan murid mengikut pencapaian.

Prosedur Pelaksanaan Kaedah Tasmik[9]
Rajah 2.2.2

Cara pelaksanaan kaedah tasmik, ialah murid diminta membaca ayat yang ditentukan oleh guru dengan suara yang kuat (jahar) atau nyaring, di hadapan guru sama ada secara kumpulan atau individu bergilir-gilir. Guru mendengar bacaan atau hafazan murid dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam bacaannya.
Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan kesalahan murid tersebut. Untuk menentukan pelajar menguasai tajwid, guru boleh menyoal pelajar tentang hukum bacaan atau hukum tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.
Kaedah tasmik sangat sesuai diaplikasikan dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran bahagian ayat bacaan. Melalui kaedah ini guru dapat mengesan dengan cepat penguasaan pelajar terhadap ayat bacaan yang diajar.


2.2.3   KAEDAH BERCERITA
Pengenalan
Bercerita atau riwayat membawa pengertian sesuatu peristiwa, kejadian, dan lain-lain.[10] Mengajar cara bercerita bukanlah satu yang asing dalam pengajaran Islam. Kaedah ini merupakan salah satu teknik yang mampu menerapkan aspek pembangunan insan. Malah kaedah ini antara cara al-Quran memberikan didikan akhlak kepada manusia ialah melalui cerita-cerita atau kisah-kisah para Rasul dan Anbia’ seperti Nabi Yusuf (a.s), Nabi Ibrahim (a.s), Nabi Musa (a.s) dan sebagainya.
            Dalam pedagogi, guru dilatih supaya dapat menguasai prinsip-prinsip bercerita untuk disesuaikan dengan orang yang mendengar cerita tersebut. Dalam Pendidikan Islam, guru yang hendak bercerita mestilah ikhlas dan bercerita semata-mata kerana Allah untuk mendidik pendengar supaya berakhlak mulia dan bertakwa kepada Allah serta bertingkah laku sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah dan ditunjukkan oleh para Rasul-Nya, terutama Nabi Muhammad SAW. Oleh yang demikian, sewajarnya cerita yang dipilih itu adalah cerita yang baik dan banyak memberikan contoh teladan.

Objektif
l Dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati kesusasteraan, pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman.
l  Mengembang kemahiran mendengar.
l  Memotivasi murid-murid membaca.
l  Menerapkan aspek pembangunan insan.

Prosedur Pelaksanaan Kaedah Bercerita
Langkah-langkah berikut telah dicadangkan untuk aktiviti bercerita: [11]
(a)   Sebelum bercerita:
i.              Persekitaran yang selesa adalah penting. Jika boleh, kemas satu tempat supaya murid-murid boleh duduk mengelilingi pencerita.

ii.            Jika guru ialah pencerita, ia mesti menimbangkan perkara-perkara berikut:
·         Pastikan cerita boleh didengar oleh semua murid.
·         Pastikan semua murid dapat lihat pencerita, terutama muka dan tangan.
·         Bercerita dengan kuat dan jelas dengan ekspresi suara.
·         Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, beritahu kepada murid-murid supaya tidak tanya soalan sehingga penghabisan cerita.
·         Pastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu dimulakan.
iii.           Kalau murid-murid diberi peluang bercerita bersama-sama, mereka harus:
·         Diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita itu.
·   Diberi peluang berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita yang lebih mendalam.

(b)   Semasa bercerita:
i.              Murid-murid harus diberi peluang mencatat nota untuk perbincangan lanjut;
ii.            Pastikan murid-murid menumpukan perhatian; dan
iii.           Pencerita harus bertentangan mata (eye contact) dengan pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada pendengarnya.

(c)    Selepas sesi bercerita:
i.              Beri peluang kepada murid untuk memberi rumusan cerita; dan
ii.            Meminta mereka berkongsikan nilai yang telah belajar.


2.2.4   KAEDAH AMALI DAN DEMONSTRASI
Pengenalan
Amali bermaksud pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan.[12] Demonstrasi pula bermaksud pertunjukan dan penerangan tentang cara melakukan sesuatu. Dikenali juga sebagai tunjuk cara yang merupakan teknik P & P yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid.[13]
Kaedah amali dan demonstrasi ini merupakan cara menyediakan bahan pelajaran dengan menyediakan secara langsung objeknya atau prosesnya atau cara melakukan sesuatu. Kaedah ini dapat memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran.
Pendekatan amali dan demonstrasi adalah antara kaedah yang paling banyak digunakan oleh Rasulullah SAW terutamanya dalam P & P Ibadah. Sebagai contoh terdapat hadith yang menerangkan bagaimana Rasulullah SAW mengajar tentang wuduk dan solat dengan menunjukkan sendiri cara pergerakan solat yang betul.

Objektif
l  Dapat memberikan peluang kepada murid untuk berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran.
l  Murid memperoleh pengalaman langsung dalam memperoleh kemahiran, pengetahuan, kesimpulan dan celik akal dalam unit-unit pembelajaran yang berkenaan.
l  Membolehkan murid melihat dan mengikuti satu siri langkah, peristiwa atau fenomena.

Prinsip Kaedah  Amali dan Demonstrasi
Memahami dan mematuhi prinsip melaksanakan kaedah amali dan demonstrasi ini antara faktor yang menolong kepada menghasilkan aktiviti amali dan demonstrasi dengan lebih berkesan. Oleh itu, guru harus mengetahui prinsip tersebut. Prinsip-prinsip tersebut pada asasnya adalah seperti berikut: [14]
(1)   Sebelum demonstrasi:
a.  Guru menentukan topik yang hendak dipelajari, objektif dan kandungan demonstrasi terlebih dahulu.
b.    Guru menyediakan alatan serta bahan yang diperlukan.
c. Tempat demonstrasi ditetapkan di hadapan kelas supaya semua murid dapat menyaksikannya dengan jelas.
d.  Guru hendaklah memberitahu murid tujuan demonstrasi yang ditunjukkan supaya mereka dapat mencontohinya nanti tanpa melakukan sebarang kesilapan.

(2)   Semasa demonstrasi:
a. Guru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerangan tentang demonstrasi yang dijalankan.
b.  Sekiranya murid menunjukkan keraguan, guru hendaklah menerangkan langkah itu sekali lagi.
c.  Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid atau untuk mengingat kembali teori yang dipelajari sebelum ini.
d.   Pastikan semua murid dapat melihat demonstrasi serta mendengar penerangan guru dengan jelas.
e.   Tegaskan bahagian yang penting.
f.     Jika masa mencukupi beri peluang murid membuat demonstrasi.

(3)   Selepas demonstrasi:
a.    Mengadakan perbincangan dengan murid tentang bahagian demonstrasi penting. Perbincangan ini bagi memastikan murid-murid memerhatikan demonstrasi dengan betul.
b.    Galakkan murid bertanya aspek yang kurang difahami.
c.    Guru memberi aktiviti susulan untuk mengukuhkan lagi penguasaan kemahiran yang dipelajari, misalnya mengadakan kuiz ataupun perbincangan.


2.2.5   KAEDAH PERMAINAN (BELAJAR SAMBIL BERMAIN)
Pengenalan
Permainan menjadi satu keperluan semula jadi bagi kanak-kanak. Situasi bermain boleh digunakan dalam pengajaran guru di bilik darjah untuk mencapai objektif-objektif pendidikan. Kaedah bermain sesuai untuk pendidikan prasekolah dan sekolah rendah. Kaedah ini juga boleh digunakan dalam pengajaran Pendidikan Islam.
            Permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka.
Objektif Kaedah Permainan (Belajar Sambil Bermain)
Memberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan terkawal.
Mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani dan sosial murid-murid.
Mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dipelajari.

Prinsip-prinsip Kaedah Permainan
Menurut Musa Daia (1992), kaedah mainan didasarkan beberapa prinsip seperti di bawah:[15]
1)    Proses pembelajaran mestilah disalurkan melalui aktiviti-aktiviti yang berbentuk permainan.
2)    Pembelajaran mestilah di dalam keadaan yang bebas dan tidak ada langsung penghalangnya.
3)  Penyampaian hendaklah secara tidak langsung dan bersahaja supaya sesuai dengan minat dan keperluan kanak-kanak.
4)  Guru mestilah mempunyai sikap yang positif, iaitu sering menggalakkan murid-murid melahirkan sesuatu dengan bebas. Beri peluang yang cukup kepada setiap murid untuk melahirkan sesuatu.
5)    Murid-murid hendaklah sentiasa gembira dalam proses pembelajaran. Mereka hendaklah menjadi peserta yang aktif dalam proses itu. Mereka juga hendaklah bertanggungjawab terhadap perkembangan dan kemajuan diri sendiri.

Langkah Melaksanakan Aktiviti Permainan
Jill Hadfield (1984) berpendapat bahawa aktiviti permainan haruslah diajarkan melalui demonstrasi dan bukan disampaikan dengan cara penerangan lisan sahaja. Oleh itu, beliau sarankan aktiviti permainan dilaksanakan dengan langkah-langkah seperti berikut:[16]
Guru menerangkan secara ringkas tentang tujuan bermain.
Guru kemudian mendemonstrasikan cara atau kaedah bermain.
Seorang atau sekumpulan kecil murid dipilih untuk melakukan semula demonstrasi guru.
Semua murid menjalankan aktiviti permainan dalam kumpulan kecil masing-masing.
Guru beredar dari sekumpulan ke sekumpulan dengan tujuan mengawas aktiviti murid, dan memberi bimbingan jika perlu.
Selepas aktiviti permainan, guru atau seorang murid, dipilih untuk memberi rumusan yang dipelajari dalam aktiviti permainan.



Kelebihan Kaedah Permainan
1)    Murid tidak bosan.
2)    Melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka.
3)    Guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan murid dan kelemahan murid semasa bermain.

Kelemahan Kaedah Permainan
1)    Menambah/ membebankan guru untuk menyediakan ABM.
2)    Tidak semua tajuk pelajaran dapat menggunakan kaedah ini.
3)    Menambahkan penggunaan wang sekolah.


3.0       PENUTUP
Keperluan kepada kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul tidak boleh dipandang ringan dalam satu-satu sistem pembelajaran yang ideal. Kepentingan kaedah ini sama pentingnya dengan objektif dan kurikulum yang dinyatakan dalam mana-mana sistem falsafah pendidikan terutamanya Pendidikan Islam. Pelaksanaan kaedah-kaedah pengajaran yang dirancang dengan teliti akan membolehkan ia berkembang mengikut matlamat yang ditentukan.
            Musa Daia (1992) berpendapat bahawa seorang guru mesti mempunyai kemahiran yang cukup dalam menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang berbeza. Walaupun banyak kaedah pengajaran yang baharu diperkenalkan, tetapi perlu ditekankan bahawa tidak ada satu formula pun yang betul-betul dapat menentukan bagaimana cara untuk mengajar. Apa yang perlu dilakukan ialah menyesuaikan kaedah-kaedah yang pelbagai itu dengan kehendak dan kehidupan manusia yang dinamik.[17]
Pengabungjalinan antara pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam merupakan kaedah yang terbaik bagi mengatasi segala kelemahan yang ada pada setiap kaedah. Memandangkan setiap kaedah mempunyai kelebihan yang tersendiri dan ianya adalah bergantung kepada kehendak individu guru itu untuk mengunakan mana-mana kaedah yang bersesuaian dengan tahap dan kemahiran yang ada pada mereka.


4.0       RUJUKAN

Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hjh. Noresah Baharom. (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. c. 7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Johor: Penerbit UTM Press.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru. (2003). Modul 1/3 Ilmu Pendidikan Pengajian Profesional KPLI SR Mod LPBS. Putrajaya: BPG KPM.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru. (2005). Modul 1/3 Pendidikan Al-Quran Minor KPLI SR Mod LPBS. Putrajaya: BPG KPM.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam. (2007). Buku Panduan Kursus Pemantapan Guru-guru j-QAF Tahun 2007. Kuala Lumpur: JAPIM KPM.
Mok Soon Sang. (2009). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah) Komponen 1 & 2. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Sheikh Abdullah Basmeih. (2006). Al-Qur’an Al-Karim Mushaf Tajwid Berserta Terjemahan Ke Dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: DarulFikir.

Pedagogi: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Thursday, 28 June 2012
Pedagogi: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi Pengajaran Secara Terus / Langsung (Direct Instruction / direct teaching)

Pengajaran secara terus / langsung merupakan pendekatan berpusatkan guru. Strategi pengajaran ini sangat berkesan apabila matlamat guru adalah untuk:
·         Memberikan atau menyampaikan maklumat
·         Mengajarkan prosedur (SOP)
·         Membina kemahiran langkah demi langkah

Strategi pengajaran secara terus / langsung melibatkan kaedah-kaedah berikut:
·         Demonstrasi
·         Penyoalan didaktik
·         Latih tubi
·         Pengajaran eksplisit
·         Kuliah masteri
·         Panduan dan bimbingan bacaan, mendengar dan pemerhatian
·         Gambaran keseluruhan berstruktur

Kebaikan

Sekiranya digunakan dengan bijak, strategi pengajaran secara terus / langsung membolehkan guru menyampaikan ilmu pengetahuan atau maklumat yang kompleks mengikut tahap keupayaan murid. Melalui strategi ini juga guru akan berupaya untuk menyampaikan maklumat yang tidak sedia ada (not readily available) untuk membolehkan murid mengaksesnya walau dengan apa cara pun. Ia juga merupakan strategi pengajaran yang baik untuk membolehkan guru meningkatkan keghairahan murid untuk mata pelajaran berkenaan serta meningkatkan minat murid. Guru boleh menggunakan strategi pengajaran secara terus / langsung untuk membolehkan murid menunpukan perhatian kepada isi kandungan pelajaran yang relevan agar dapat membantu murid mengaitkan maklumat baru dengan maklumat sedia ada atau dengan pengalaman lalu.

Kelemahan

Salah satu kelemahan utama strategi pengajaran secara langsung ialah penyalahgunaan strategi tersebut: ramai guru gagal untuk menyedari sepenuhnya tentang batasan strategi pengajaran secara terus atau secara langsung ini. Guru perlu akui bahawa keupayaan pengajaran secara terus / langsung sebenarnya terbatas untuk membolehkan murid mengembangkan sepenuhnya keupayaan mereka untuk berfikir secara kritikal serta membataskan keupayaan murid untuk belajar atau bekerja dalam kumpulan. Oleh itu, pengajaran secara terus / langsung hanya boleh dilihat dan diterima sebagai salah satu strategi yang boleh digunakan oleh guru ketika mengajar.

Strategi Pengajaran Tidak Langsung (Indirect Instruction / Indirect teaching)

Bertentangan dengan strategi pengajaran secara langsung, pengajaran tidak langsung lebih bersifat tumpuan murid, walaupun kedua-dua strategi pengajaran tersebut (langsung dan tidak langsung) merupakan dua strategi yang saling melengkapi antara satu dengan lain.

Strategi pengajaran tidak langsung memerlukan penglibatan yang tinggi dari kalangan murid semasa membuat pemerhatian, penyiasatan, menghasilkan inferens daripada data atau membentuk hipotesis. Strategi pengajaran tidak langsung mengambil kira minat dan rasa ingin tahu murid yang akan menggalakkan mereka untuk menjana alternative atau untuk menyelesaikan masalah. Peranan guru beralih daripada pengajar / pengarah kepada fasilitator, pemberi sokongan dan menjadi sumber rujukan. Guru akan menyusun serta mengatur persekitaran pembelajaran dengan menyediakan peluang untuk penglibatan murid, dan apabila dirasakan sesuai, akan memberikan maklum balas kepada murid semasa mereka melakukan inkuiri (Martin, 1983).

Strategi pengajaran tidak langsung merupakan strategi berpusatkan pembelajaran yang akan menggalakkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran. Dengan demikian strategi pengajaran tidak mlangsung ini dapat menggalakkan pemahaman pembelajaran yang sebenar-benarnya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terlibat adalah seperti berikut:
·         Kajian kes
·         Prosedur cloze
·         Pencapaian konsep
·         Pembentukan konsep
·         Pemetaan konsep
·         Inkuiri
·         Penyelesaian masalah
·         Mencari makna
·         Pembelajaran reflektif

Kebaikan

Strategi pengajaran tidak langsung membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pelajaran mereka. Proses dan aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh murid dan bukan dipaksakan ke atas murid. Guru berperanan sebagai pemudahcara atau fasilitator. Strategi pengajaran tidak langsung dapat menggalakkan kreativiti dan membantu murid membina kemahiran menyelesaikan masalah. Pembelajarn yang berasaskan sumber ini membolehkan berlaku pengalaman pembelajaran secara lebih mendalam dan luas.

Kelemahan

Strategi pengajaran secara tidak langsung lebih bersifat tumpuan pembhelajaran. Oleh yang demikian, tempoh untuk berlaku pembelajaran yang optima akan mengambil masa yang panjang jika dibandingkan dengan pengajaran secara langsung. Sebagai fasilitator, guru perlu berupaya untuk mengawal pembelajaran murid-muridnya, dan ini mungkin boleh menyebabkan rasa ketidakselesaan di kalangan murid. Selain itu, lebih banyak cabaran akan dihadapi semasa pelaksaannya untuk membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.


Strategi Pengajaran Pembelajaran Melalui Pengalaman (Experiential Learning)

Pengajaran pembelajaran melalui pengalaman merupakan pengajaran pembelajaran konstruktivis di mana murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif. Strategi pengajaran pembelajaran melalui pengalaman boleh melibatkan salah satu atau beberapa kaedah seperti berikut:
·         Ujikaji (eksperimen)
·         Pemerhatian lapang
·         Lawatan
·         Gambaran berfokus
·         Permainan
·         Pembinaan model
·         Main peranan
·         Simulasi
·         Tinjauan

Kebaikan

Murid lebih bersedia untuk memahami apa yang mereka pelajari. Oleh itu mereka akan dapat mengekalkan ingatan tentang pelajaran dalam jangka waktu yang lebih lama. Pengalaman secara hands-on dan minds-on akan dapat memotivasikan murid untuk terus belajar. Strategi ini amat sesuai untuk topik-topik yang melibatkan pembelajaran amali seperti ibadah khusus (besuci, solat dan sebagainya) serta muamalat.

Kelemahan

Strategi Pembelajaran Melalui Pengalaman  merupakan satu strategi yang memakan masa dan melibatkan sumber pembelajaran yang agak pelbagai dan banyak. Seringkali melibatkan usaha yang lebih pada pihak guru seperti membuat persediaan untuk simulasi, ujikaji, lawatan dan sebagainya. Walau agaimanapun, impak pembelajaran melalui pengalaman ke atas pendidikan menyebabkan ia menjadi salah satu strategi yang menjadi pilihan guru.

Strategi Pembelajaran Sendirian / Individu (Independent / Individual Study)

Strategi pembelajaran secara sendiri ini melibatkan murid akan merancang pembelajarannya sendiri di bawah bimbingan guru mata pelajaran atau ibu bapa (di rumah). Strategi ini lazim digunakan oleh murid ketika akan menduduki peperiksaan pertengahan atau akhir semester dan ketika membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan awam. Biasanya hanya melibatkan kelas-kelas yang akan menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PMR atau SPM dan hanya dilaksanakan setelah sukatan pelajaran dapat diselesaikan lebih awal. Antara kaedah yang digunakan dalam strategi ini adalah:
·         Soalan-soalan tugasan
·         Pengajaran berbantukan komputer
·         Pelajaran koresponden
·         Penulisan esei (menjawab soalan latihan)
·         Kerja rumah
·         Pakej aktiviti pembelajaran (modul pembelajaran)
·         Kontrak pembelajaran
·         Projek penyelidikan

Strategi pembelajaran sendirian merupakan strategi pengajaran yang penting kerana ia direkabentuk untuk menggalakkan mempunyai kemampuan diri serta memperolehi kemahiran pembelajaran sepanjang hayat.

Kebaikan

Murid yang terlibat dalam penggunaan strategi ini lazimnya merupakan murid yang bermotivasi tinggi disebabkan mereka mempunyai peluang untuk meneroka dengan lebih mendalam tajuk-tajuk yang mereka minati. Murid akan mampu untuk memperkukuhkan kekuatan yang ada tentang topic berkenaan di samping memperbaiki kelemahan tertentu yang berkaitan. Strategi ini berguna di dalam kelas yang terdapat perbezaan keupayaan, kemahiran dan penguasaan ilmu pengetahuan yang sangat luas dan ketara (contohnya di dalam kelas inklusif yang terdiri daripada murid berkebolehan tinggi, lembam, autistik dan ADHD- lihat bab 7: Pengurusan Bilik Darjah Melibatkan Murid Berkeperluan Khas dalam buku Pengurusan Bilik Darjah & Tingkahlaku tulisan Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin, terbitan Freemind Horizons).

Kelemahan

Untuk memastikan strategi pembelajaran sendiri dapat dilaksanakan dengan haik dan berkesan, murid perlu mempunyai kematangan dan kebolehan untuk bekerja di bawah pengawasan dan penyeliaan guru. Strategi pembelajaran secara sendiri atau individu akan lebih berkesan sekiranya guru dapat membuat penilaian secara tepat tentang kebolehan murid-muridnya untuk melaksanakan tanggungjawab belajar di samping berupaya untuk membantu dan mebimbing murid menstrukturkan tugas serta projek sesuai dengan tahap kesukaran untuk setiap individu murid.

Strategi Pengajaran Interaktif (Interactive Instruction)
Strategi pengajaran interaktif melibatkan kaedah-kaedah berikut:
·         Sumbangsaran
·         Kitaran ilmu pengetahuan
·         Kumpulan pembelajaran koperatif
·         Perdebatan / perbahasan
·         Diskusi / dialog
·         Temubual
·         Kumpulan makmal
·         Panel dan forum
·         Amalan kumpulan rakan sebaya (peer coaching)
·         Penyelesaian masalah
·         Main peranan
·         Kumpulan tutorial

Kebaikan

Strategi ini memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi, berkomunikasi, berkolaborasi dengan rakan sebaya, pakar serta guru (More Knowledgeable Others) ndengan tujuan untuk menambahbaik kemahiran bersosial di samping mengakses maklumat serta menstruktur respons yang efektif kepada maklumat yang diperolehi. Interaksi yang berlaku lazimnya dapat memotivasikan murid. Peluang untuk berinteraksi dengan orang lain akan dapat memperluaskan pengalaman pendidikan mereka dan dapat membawa mereka menjangkau melewati batasan bilik darjah tradisional, ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran serta guru-guru secara individu.

Kelemahan

Cabaran menggunakan strategi pengajaran interaktif ialah kejayaan serta kaedah-kaedahnya bergantung kepada kepakaran guru ketika menstruktur dan membina / membentuk kumpulan dinamik.

Selain daripada lima strategi pengajaran dan pembelaaran di atas, terdapat beberapa strategi yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh pendidikan seperti strategi pembelajaran berfikrah, strategi pembelajaran kontekstual, strategi pembelajaran aktif dan sebagainya. Terdapat juga tokoh pendidikan yang mengemukakan strategi berdasarkan kepada orientasi pengajaran dan pembelajaran seperti strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid, strategi berpusatkan bahan dan strategi berpusatkan tugas. Jika diperhatikan secara terperinci, strategi-strategi ini telah termasuk ke dalam salah satu daripada lima strategi yang dinyatakan di atas. Penggunaan beberapa istilah yang bertindanan antara satu dengan lain, kadangkala boleh mengelirukan. Apa yang penting ialah keupayaan guru untuk merancang dan melaksanakan apa juga strategi (termasuk yang dibina sendiri) secara berkesan dan berupaya untuk mengoptimumkan pembelajaran.  


Strategi berpusatkan guru

Ditulis dengan menggunakan perkataan lain, strategi berpusatkan guru adalah strategi pengajran langsung (direct instruction) seperti yang telah saya kemukakan sebelum ini / di atas. Berdasarkan strategi ini, guru memainkan peranan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala murid pula berperanan untuk menerima pengajaran secara pasif. Strategi tradisional ini meletakkan guru sebagai pakar dalam mata pelajaran yang diajarnya dan menjadi sumber utama ilmu pengetahuan. Oleh itu, tujuan pembelajaran adalah untuk mendapatkan maklumat yang telah ditetapkan kepada murid. Murid sekadar mengulangi serta mencurahkan kembali apa yang telah diajarkan kepada mereka. Kaedah yang digunakan di bawah strategi ini sama dengan kaedah strategi pengajaran langsung.

Berdasarkan strategi berpusatkan guru:

Tujuan murid belajar adalah untuk mencapai objektif kurikulum untuk membolehkan mereka berfikir secara kritikal
Murid menyempurnakan aktiviti yang telah ditentukan oleh guru untuk mencapai kejayaan akademik
Murid bertindak balas kepada jangkaan-jangkaan positif yang ditetapkan oleh guru dalam proses ansur maju melalui aktiviti yang telah ditetapkan.
Murid diberikan motivasi ekstrinsik seperti ganjaran atau gred penilaian yang akan memotivasikan mereka untuk memahami maklumat serta menunjukkan kefahaman tentang konsep yang telah diajarkan.
Hasil kerja murid dinilai oleh guru.

Untuk melaksanakan strategi berpusatkan guru, murid terlebih dahulu diajarkan perkara-perkara asas sebelum diajarkan konsep yang baru.  Contohnya, untuk membolehkan murid memahami konsep wudhu’ mereka perlu terlebih dahulu diajarkan tentang taharah (bersuci) serta jenis-jenis air yang digunakan untuk membolehkan bersuci.



Strategi berpusatkan murid

Sekiranya strategi berpusatkan guru adalah strategi pengajaran secara langsung, maka strategi berpusatkan murid pula adalah strategi pengajaran tidak langsung. Tidak seperti strategi berpusatkan guru, untuk strategi berpusatkan murid, peranan guru beralih daripada pengajar kepada pemudahcara atau fasilitator. Murid terlibat aktif (berfikir, mencari maklumat, merumus, membentang, menilai, berkolaborasi serta membuat refleksi pembelajaran) dalam proses pembelajaran. Murid akan membina kefahaman dengan menggunakan sumber yang telah disediakan sebagai perancah (scaffolding) secara hands-on dan minds-on dan bekerja secara koperatif dan kolaboratif dengan rakan atau orang lain. Penekanan sedemikian membuatkan murid dapat melaksanakan pembelajaran terarah kendiri serta mengikut kadar kendiri.

Untuk melaksanakan strategi berpusatkan murid, perhatian perlu diberikan kepada perkara-perkara berikut:

Apa yang murid ingin tahu tentang sesuatu topik atau konsep
Guru perlu mengambilkira tentang keperluan indivdu murid seperti keperluan inyelektual dan emosi.
Keperluan sosial murid: kolaborasi, komunikasi, penerimaan rakan sebaya

Kaedah yang boleh digunakan di bawah strategi berpusatkan murid ini adalah sama dengan kaedah yang digunakan dalam melaksanakan strategi pembelajaran secara tidak langsung (indirect teaching / indirect instruction) di atas.

Aplikasi strategi berpusatkan murid tidak bermakna murid akan menentukan apa yang mereka ingin pelajari atau lakukan. Seringkali strategi ini diinterpretasikan dengan murid memilih tajuk, kaedah dan aktiviti mereka sendiri. Strategi berpusatkan murid sepatut meletakkan murid sebagai tumpuan pembelajaran (contohnya, aplikasi kaedah berasaskan inkuiri). Peranan guru adalah sebagai fasilitator yang aktif untuk memudahcara pembelajaran yang akan membawa kepada pengalaman yang bermakna kepada murid, bukan sebagai fasilitator yang hanya duduk di meja guru dan menantikan murid mendatanginya.

Lea dan rakan-rakan (2003) telah membuat rumusan tentang strategi pemusatan murid daripada beberapa sumber seperti berikut:

Pembelajaran lebih bersifat aktif dan bukan pasif
Penekanan kepada pembelajaran dan pemahaman yang lebih mendalam
Meningkatkan tangungjawab murid
Meningkatkan autonomi murid
Saling bergantung antara guru dan murid
Saling menghormati antara guru dan murid
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran refleksif untuk guru dan murid



Strategi berpusatkan bahan

Strategi berpusatkan bahan menekankan penggunaan bahan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru terlebih dahulu perlu memastikan bahan yang akan digunakan di dalam kelas merupakan bahan yang relevan, kemas kini dan boleh berfungsi. Penggunaan bahan dapat membantu memudahkan pemahaman murid sekiranya digunakan secara betul dan berkesan. Pengajaran boleh dilakasanakan dalam kumpulan pembelajaran koperatif, sekiranya bilangan bahan tidak mencukupi, dan murid akan menggunakan bahan untuk meneroka maklumat secara inkuiri.

Strategi berpusatkan bahan merupakan strategi yang paling kurang digunakan oleh guru disebabkan isu bahan-bahan yang lazimnya kurang mencukupi dan tidak pelbagai. Peralatan teknologi lazimnya adalah sangat terbatas bilangannya untuk membolehkan guru dan murid menggunakannya secara berkesan. Meskipun telah masuk era abad ke 21 di mana teknologi ICT telah mula diperkenalkan di sekolah, dan bahan-bahan pelajaran boleh diakses melalui Internet dan jalur lebar, namun bagi kebanyakan sekolah, bilangan komputer dan akses Internet menjadi masalah.

Strategi berpusatkan tugas

Menurut Merill (2002), pembelajaran akan meningkat apabila murid terlibat dalam melaksanakan tugas atau aktiviti pembelajaran termasuk demonstrasi atau aplikasi kemahiran-kemahiran belajar tertentu. Strategi berpusatkan tugas ini akan dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya murid terlibat sepenuhnya dengan tugas yang telah diberikan kepada mereka. Sesebuah tugas yang kompleks memerlukan murid mengaplikasikan pelbagai maklumat dan kemahiran (gagne dan Merill, 1990). Apabila guru memilih strategi berpusatkan tugas, guru perlu memastikan bahawa tugas itu diberi mengikut tahap iaitu bermula dengan aplikasi kemahiran serta maklumat asas. Setelah murid memperolehi kemahairan yang mencukupi barulah tugasan yang lebih kompleks diberikan.

Merill telah mengemukakan prinsip pertama pengajaran yang merupakan prinsip-prinsip yang saling berkaitan dan akan dapat meningkatkan pembelajaran murid iaitu prinsip berpusatkan tugas, prinsip pengaktifan, demonstrasi, aplikasi dan integrasi. Prosedur strategi berpusatkan tugas (tahap 3 strategi pengajaran) digambarkan oleh Merill seperti dalam gambar rajah di bawah.

Kaedah untuk PAI dan jQaf

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam dan jQaf, terdapat kaedah-kaedah tertentu serta khusus untuk aspek atau topik tertentu sahaja seperti yang telah dikemukakan oleh para ulamak seperti Ibnu Khaldun, Al Ghazali, As’ad Hummam, Dachlan Salim Zarkasyi dan sebagainya. Sila lihat artikel Beberapa Kaedah Pengajaran Ibadah, Kaedah Pengajaran Aqidah, Kaedah Pengajaran Sirah, Kaedah PengajaranAl Quran serta perincian beberapa kaedah yang boleh didapati di dalam blog ini. Lihat juga jenis-jenis strategi di http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-strategi-pembelajaran.html

Posted by Shamsina at 07:21

Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam

Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam 
Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaituteknik dan pendekatan.  Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran.  Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.  Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek.  Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992).  Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan  kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah.  Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik.  Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik.
            Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.  Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.  Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987),  nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya.
            Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.  Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.
            Demikian juga dengan Hasan Langgulung  (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu   adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. 
            Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua   pelajar  dalam semua keadaan.  Kaedah harus berubah  mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar.  Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.  
            Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:
          1.  kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran
2.  kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang
               hendak dicapai

3.  kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran 
               yang diajar

4.  kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
5.  kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
6.  mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah
               bekenaan

7.  kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang
               ada.

         An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar  yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar.  Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama.  Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.
            Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.  Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas.  Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:
          1.  Tujuan am (learning goal)
2.  Objektif pelajar (specific objective)
3.  Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktivit
               tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran

          4.  Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar

          5.  Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur
               pencapaian pelajar


Kata Cangelosi (1992):
Learning goal is the overall purpose of the teaching unit.  It indicates what students are expected to learn.
Specific objective, define the learning goal.  That is a number of specific skills, abilities, and/or attitude that the student to/or must acquire. (ms. 24)
            Perrott (1986) menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih mendasar, iaitu:
           Planning
           Implementation
           Evaluation

           Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini merupakan asas pengajaran yang berkesan, di sampiang pengetahuan yang patut ada pada guru.  Langkah-langkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan.  Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (effective teaching).  Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas.  Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah.  Inilah dia guru yang efektif (effective teacher).
             “…effective teacher is one who is able to demonstrate the 

             ability to bring about intended learning goals”.  Parrott (1986:5)

             Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas.  Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang  pendidikan Islam atau penerapan nilai Islam.  Ini juga harus dirancang dengan saksama.  Iaitu  apa yang hendak dipesan kepada pelajar, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjokan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya.  Guru harus sedar bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang Islam yang beramal dengan ajaran Islam dengan cara yang betul. 
Jadi, penekanannnya ialah penghayatan Islam, bukannya peperiksaan.  Kalau guru mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya menyampaikan ilmu Islam, tetapi gagal memberi pendidikan Islam, iaitu gagal mendidik anak-anak untuk menjadi orang Islam bagi memikul tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah.
Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher).  Ia bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar (Huitt, 1994).  Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai Islam, penjagaan masa pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam layanan dan sebagainya.  Ini semua mencerminkan guru muslim (Al-Ghazali, 1988; Al-Ibrashy, 1976).

Rujukan
 Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988).  Asasiyat fi turuq at-tadris 

      al-`ammah. Riyadh: Dar Al-Huda.
 Al-Kailany, Taisir dan Iyad, Mulhim (1986). At-Taujih al-fanny fi 

      usul at-tarbiyah wat-tadris. Beirut: Maktabah Lubnan.
 An-Nashmy, Ajil Jasim (1980). Ma`alim fit-tarbiyah. Kuweit: 

      Makatabah Al-Manar.
 Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
 Azman Wan Chik (1987).  Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur: 

       Karya Bistari.
 Cangelosi, James S.(1992). Systematic teaching strategy. New York:

       Longman.
 Hasan Langgulung (1981).  Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam.

       Kuala Lumpur: Pustaka Antara,.
 Mahfuzdh Shalahuddin (1987). Metodologi Pendidikan Islam. Surabaya:

       Bina Ilmu.
Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran

       mikro.  Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
 Parrot, Elizabeth (1986). Effective teaching. London & New York:

       Longman, 7th ed.
 Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik

       darjah, kaedah & strategi. Kajang: Masa Enterprise.
 Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala
       Lumpur: Heinemann, ctk. 4.

Rancangan Pendidikan Islam

KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL



1.1.       Kaedah bercerita

Kaedah bercerita sangat sesuai dijalankan untuk menyampaikan sesuatu mesej. Cerita yang baik harus mempunyai permulaan, perkembangan dan penutup. Seterusnya mengandungi nilai-nilai pengajaran yang baik dan harus dicontohi. Antara perkara yang harus ditekankan dalam kaedah bercerita adalah cerita haru sesuai dengan tahap kanak-kanak, menarik, berbantukan gambar dan menarik. Suara guru juga jendaklah menarik, ada nada, dan menarik agar dapat murid dapat memberi sepebuh perhatian kepada cerita.

      Dalam aktviti pendidikan islam, guru boleh bercerita tentang kejadian alam dan makhluk Allah. Guru boleh bersoal jawab bersoal jawab tentang pencipta bagi makhluk haiwan, manusia dan  tumbuhan.cerita tauladan juga boleh diceritakan sebagai contoh, pengembala kambing yang jujur dengan Khalifah Umar Al-Khattab. Selitkan nilai-nilai murni dalam cerita tersebut agar kanak-kanak dapat mengambil iktibar daripada kisah tadi.

      Dalam pendidikan moral juga boleh menggunakan teknik bercerita. Guru boleh menceritakan nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita itu seperti cerita pengembala kambing yang berdusta. Akibat daripada perbuatan dustanya, semua orang tidak mempercayai bahawa harimau telah menyerang kambing-kambingnya.

1.2.       Kaedah lakonan

Terdapat beberapa cara lakonan dapat dijalankan dalam P&P. Terdapat 2 cara iaitu lakonan tanpa skrip dan berskrip.

Lakonan tanpa skrip memerlukan penglibatan murid secara sukarela untuk membawa sesuatu watak. Murid harus memahami jalan cerita, watak dan nilai-nilai yang ada dalam cerita itu. Kemudian kaitkan nilai-nilai yang ada dalam kehidupan seharian.

Manakala lakonan berskrip pula, memerlukan murid membaca dan memahami skrip serta watak dan ajalan cerita. Murid boleh dipilih berdasarkaan watak. Perbincangan tentang nilai-nilai moral dalam lakonan tadi harus diadakan dan ringkasan perlu dihasilkan.

Dalam pendidikan islam, antara lakonan yang dapat dijalankan adalah seperti:
-       Lakonan cara menghormati al-Quran
-       Cara melakonkan cara bersuci dari najis ketika berwuduk.
-       Abad –adab makan

Dalam pendidikan moral pula aktiviti yang dapat dijalankan adalah:
-       Melakonkan suatu situasi menggunakan bahasa yang sopan dan bertatasusila dalam interaksi.
-       Melakonkan cerita “Si Tenggang” untuk memberi keinsafan kepada anak derhaka.

Lakonan dapat menarik minat dan meningkatkan penglibatan murid. Murid juga akan menjadi aktif. Pengajaran dan pembelajaran adalah menarik dan menyeronokkan dan menggalakkan interaksi di kalangan murid-murid.



1.3.       Kaedah bermain
Kaedah bermain dapat meransang interaksi sosial dan emosi. Ia juga menambah keyakinan dan mengurangkan rasa bosan. Bermain juga bertindak sebagai satu alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Permainan juga dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan. Selain itu, permainan juga dapat membentuk perkembangan tumpuan seseorang murid serta minat untuk menjelajahi dan mencipta idea.

Dalam pendidikan islam, aktiviti bermain dapat dijalankan melalui belajar sambil bermain. Guru boleh membuat permainan yang memerlukan murid menjawab soalan mudah.

Contohnya:
Memilih bola bernombor dalam baling. Kemudian menjawab soalan mudah mengikut nombor bola tersebut. Murid yang berjaya menjawab 2 soalan dengan betul diberi sebatang pensil.

 Dalam pendidikan moral, guru boleh melakukan permainan yang lebih kurang sama seperti contoh di atas. Hanya soalan sahaja yang berlainan. Selain itu main pasir, air dan bongkah secara berkumpulan dapat mendidik kanak-kanak bersabar, bersungguh-sungguh dan bekerjasama dalam kumpulan.

1.4.       Kaedah simulasi/main peranan
Aktiviti dimulakan dengan penyampaian dilema dan apakah yang harus dilakukan oleh muriid tersebut dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kemudian meminta murid memainkan peranan masing-masing.Guru memberi tugas memerhati kepada murid lain seperti menilai. Kaedah inimenekankan kepada ekspresi dan perasaan. Perbincaangan diadakan melibatkan kesan teknik main peranan diadakan. Kemudian membuat keputusan besaskan generalisasi dan ulangi aktiviti tersebut dengan melibatkan murid lain.

      Kaedah simulasi dapat melibatkan murid sepenuhnya dalam P&P. ini juga meningkatkan kemahiran komuniksai dan perkembangan diri murid. Ia juga berkesan dalam cara memberi kefahaman tentang suatu konsep.

      Langkah-langkah main peranan dimulakan dengan menyediakan kertas panduan dan penerangan kepada setiap murid tujuan main peranan. Ianya melibatkan kaedah dan peraturan mudah yang harus dipatuhi oleh detiap pemain. Alatan seperti kertas, pen dan bahan lain digunakan dalam permainan ini. Bermula sahaja permainan simulasi guru melihat dan tidak boleh mengganggu melainkan ada perkara penting sahaja. Selepas tamat permainan, adakan sebuah refleksi.

Dalam pendidikan islam, aktiviti yang sesuai adalah seperti makan mengikut adab yang betul. Iaitu membaca doa, makan berjemaah dan duduk tertib.

Manakala dalam pendidikan moral pula, aktiviti simulasi dan cara berkawan dan berbaik dengan masyarakat setempat.

1.5.       Kaedah lawatan

Kaedah Lawatan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh memberi kesempatan kepada murid-murid untuk memerhati dan menghasilkan suatu perasaan yang lain dari yang lain mengenai sesuatu perkara atau keadaan secara langsung di luar bilik darjah. Di samping itu, ia juga dapat menimbulkan kesedaran, keinsafan dan perasaan tanggungjawab. Nilai moral yang diterapkan lebih berkesan melalui kaedah ini. Tempat yang sesuai dilawati adalah seperti kawasan sekolah, taman bunga, taman strawberi, air terjun, zoo negara, akuaria KLCC tempat pembuangan sampah, rumah kebajikan, tempat rekreasi dan sebagainya.
Garis panduan melaksanakan program lawatan mempunyai 3 fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas lawatan. Lawatan itu hendaklah mempunyai objektif yang perlu dicapai. Sebelum lawatan, guru meninjau dan memilih tempat yang sesuai dengan nilai moral yang hendak di tekankan.kemudian guru menyediakan panduan mengenai perkara yang perlu di beri perhatian. Penerangkan perkara-perkara yang perlu di beri perhatian perlu ditekankan kepada murid. Kemudian guru mendapatkan kebenaran ibu bapa murid.
Semasa lawatan guru memberi taklimat kepada murid. Guru hendaklah sentiasa memandu dan mengawasi murid semasa bergerak. Selepas lawatan, guru bersama murid-murid membuat rumusan mengenai apa yang dilihat dan nilai-nilai yang mereka perolehi. Guru menerapkan nilai-nilai tambahan dengan apa yang dilihat.
Lawatan dapat menyediakan pengalaman secara langsung kepada murid.ia juga merupakan variasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran juga lebih berkesan kerana menggunakan pelbagai deria.
Kaedah lawatan dapat digunakan adalam pendidikan islam dan moral. Bagi pendidikan islam, guru boleh membawa murid ke kawasan Cameron Highland iaitu melawat ladang teh dan strawberi. Pasti mereka teruja dengan nikmat pemberian Tuhan. Murid boleh dibekalkan kertas rekod pemerhatian dan boleh mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam buku skrap. Selain itu mereka boleh melawat pusat orang kurang upaya untuk menyedarkan diri supaya bersyukur dan berusaha ke arah kejayaan. Jika orang kurang upaya dapat berjaya, murid-murid juga boleh berjaya.
Manakala pendidikan moral, murid boleh dibawa melawat pusat pembuangan sampah. Andaikan mereka hidup dalam keadaan kotor sebegitu, adakah mereka sanggup. Akibat rasa tidak selesa dan busuk dengan keadaan itu, maka mereka harus menjaga kebersihan diri dan alam sekitar.

1.6.       Kaedah projek

Teknik ini memberi peluang kepada murid mempelajari sesuatu perkara melalui penglibatan diri secara langsung dalam aktiviti pembelajaran sama ada dilaksanakan dalam bentuk kumpulan mahupun individu. Aktiviti projek adalah aktiviti yang melibatkan murid merasai sendiri pengalaman pembelajaran iaitu secara hands-on dan minds-on. Aktiviti ini dapat di jalankan secara membuat pemerhatian dalam atau luar bilik darjah. ini termasuk mencari, mengumpul dan menganalisis sesuatu maklumat.
Antara langkah-langkah yang harus diikuti dalam kaedah projek ini adalah guru menerangkan mengenai nilai yang hendak diperkukuhkan. Guru menentukan jenis projek yang sesuai mengikut kebolehan murid-murid dari segi fizikal dan mental. Kemudian, guru menerangkan bagaimana sesuatu projek itu di jalankan. Guru dan murid menentukan kumpulan kerja. Pengawasan murid dilakukan oleh guru secara terbimbing semasa aktiviti berlangsung. Kemudian hasil murid dikumpul dan dipamerkan serta dinilai. Rumusan akhir dan refleksi diadakan di akhir aktiviti.
Kaedah projek dapat melibatkan diri murid  dalam perancangan dan menghasilkan rancangan mereka serta menerapkan nilai kerjasama dan bertanggungjawab.
Dalam pendidikan islam, kaedah projek dapat dijalankan seperti aktiviti membuat buku skrap tentang alam sekitar ciptaan Tuhan. Guru boleh meminta murid menghimpunkan daun-daun kering dan gambar-gambar bunga, binatang, air terjun dan benda-benda ciptaan Tuhan. Kemudian tampal dan label dalam buku skrap.
            Selain itu, guru boleh meminta murid membersihkan dan menjaga taman sains. Ini sebagai salah satu usaha menerapkan nilai cintakan alam pemberian Tuhan kepada manusia.
Dalam pendidikan moral pula, guru boleh meminta murid membersihkan bilik darjah secara beramai-ramai. Murid juga boleh mengumpul dan menampal gambar peminpin dan Raja dalam buku skrap.

1.7.       Kaedah tunjuk cara/demonstrasi

Tunjuk Cara atau Demonstrasi merupakan satu teknik pengajaran yang melibatkan individu yang berpengetahuan menunjukkan cara sesuatu perkara itu di lakukan di hadapan murid-murid. Cara ini adalah cara paling sesuai untuk mengajar perkara yang sukar diterangkan dengan teori, ayat dan gambar. Ini kerana sesuatu ilmu yang praktikal perlu melalui proses amali. Demonstrasi melibatkan  penglihatan, komunikasi dan pendengaran untuk meniru kelakuan itu. Contohnya seperti tunjuk cara mengambil wuduk dan memberus gigi.

Langkah-langkah melakukan kaedah demonstrasi adalah yang mula-mula guru akan menerangkan bahan-bahan yang diperlukan dan diberi perhatian. Kemudian, guru akan membuat tunjuk cara di depan kelas dan semua murid akan melihat dengan teliti. Murid akan balik pada kumpulan atau individu dan membuat apa yang telah di lihat dalam demonstrasi itu dengan bimbingan guru.

Kaedah ini dapat melatih kemahiran melihat dan mendengar murid-murid.selain dapat memberi kefahaman yang lebih, ia dapat menarik perhatian murid. Murid dapat membentuk konsep dan idea secara positif serta mengawal dan meningkatkan mutu hasil kerja.
Kaedah demonstrasi dalam pendidikan islam dapat dijalankan apabila mengajar cara-cara mengambil air sembahyang. Kaedah demonstrasi boleh disertakan dengan video pada awalnya, kemudian guru melakukan demonstrasi. Kemudian barulah murid meniru kelakuan tersebut.

Dalam pendidikan moral, kanak-kanak boleh diajar cara menggosok gigi dengan betul, cara menyikat rambut dan mengikat tali kasut